Khamis, 8 November 2007

PANDUAN ASAS FOREX

E-book Panduan Asas Forex

Prakata :

Terima kasih kerana memilih untuk menjenguk isi panduan asas forex ini. Panduan di dalam buku ini hanya pengenalan kepada forex sahaja. Jika anda sudah kenal forex, mungkin anda fikir buku ini kurang sesuai untuk anda. Anda boleh edarkan e-book ini kepada sesiapa sahaja, tetapi anda tidak boleh mengubah, meniru, mencetak atau menulis semula sebahagian atau keseluruhan kandungan e-book ini tanpa kebenaran saya. Sebarang aktiviti jualan atau yang berasaskan keuntungan yang melibatkan e-book ini adalah dilarang sama sekali. Saya sedia menerima sebarang komen ataupun kritikan dan jika ada pandangan dan cadangan bagi memperbaiki isi kandungan panduan ini bolehlah diutarakan kepada : kolapai@yahoo.com

Sekian dan selamat membaca.

1.1) Kenapa anda memilih forex? a) Pasaran dua hala. Anda boleh mendapat untung ketika harga pasaran sedang naik mahupun turun. b) Pasaran 24 jam sehari. Jadual Forex bermula pada hari Isnin jam 00:00GMT dan tutup lewat hari Jumaat. Sabtu dan ahad tiada dagangan Forex. C) Pasaran yang sentiasa aktif dan bergerak cergas setiap hari. Nilai dagangan mencecah USD $1.5 Trillions sehari. d) Pasaran Forex tidak dikawal oleh mana-mana individu, badan persatuan atau pun negara. e) Bagi mereka yang Muslim, Forex adalah halal. Ini disahkan sendiri oleh Mufti Perak. Anda boleh rujuk berkenaan kenyataan forex di website Mufti Perak :- http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/Musykil_utama.htm

*Masih ramai lagi yang meragui Hukum Forex. Secara amnya terdapat dua jenis akaun yang ditawarkan oleh setiap Broker Forex. Pertama swap dan satu lagi swapfree akaun. Swap di sini bermaksud cas yang dikenakan jika trading kita melepasi satu hari (GMT00:00). Jika ini berlaku maka kita dikenakan bayaran overnight charge. Konsepnya berupa riba yang mana akaun jenis ini sememangnya melanggar hukum syarak. Tetapi kebanyakan broker juga ada menyediakan swapfree ataupun Islamic akaun bagi orang Muslim. Akaun ini biasanya hanya dikenakan cas trading/bayaran komisyen sekali sahaja iaitu semasa memasuki trading, jenis akaun inilah yang dibolehkan Islam.

1.2) Persediaan sebelum terjun ke alam Forex. 1. Belajar dan usaha memahami asas forex terlebih dahulu sebelum memulakan forex trading sebenar. Ada banyak sumber percuma di internet yang padat dengan pembacaan asas forex antaranya http://www.babypips.com dan http://www.fxstreet.com .Turut serta dalam perbincangan forex dalam forum. Anda boleh dapatkan beberapa contoh laman dan forum forex di http://jomforex.blogspot.com 2. Sebaik-baiknya latih trading forex dengan akaun demo dahulu (guna wang maya). -Anda boleh daftar demo akaun di broker Forex seperti Northfinance atau Marketiva. 3. Belajar mengawal perasaan agar tidak terganggu dengan keuntungan mahupun kerugian dalam Forex. -Beringat yang 90 ke 95% pedagang forex selalunya gagal. -Sasaran anda adalah untuk berada dalam kelompok 5% tu dengan memastikan kadar keuntungan anda lebih dari kadar kerugian. 4. Berdisiplin dan cuba memahirkan diri dengan satu sistem/teknik forex terlebih dahulu sebelum mencuba dengan teknik yang lain. Tidak ada sistem forex yang 100% untung. Tetapi anda boleh mencari teknik yang baik dengan 70% keuntungan ataupun lebih. 5. Target keuntungan berdasarkan kemampuan dan hendaklah realistik. Mula dengan target yang rendah seperti 5 pips ke 10 pips sehari.

1.3) Penggerak Pasaran Forex. Walaupun tiada siapa yang mempunyai kawalan mutlak ke atas pasaran Forex, namun ada beberapa faktor dan kumpulan besar yang mampu menggerakkan pasaran. Kumpulan pertama ialah dari Kompeni atau Syarikat Koperat/Multinasional, yang mana mereka ini secara kerap berdagang merentas negara. Kumpulan kedua ialah Broker. Ia bertindak sebagai platform atau perantara di antara individu professional, broker-broker lain mahupun bank. Kumpulan ketiga ialah Syarikat Kewangan atau Bank. Terutamanya bank besar seperti Central Bank yang mana setiap kali kerajaan atau bank itu mengubah polisi dalaman, seringkali pasaran Forex turut berubah.

2) Komponen dan Terma Asas Forex. Setiap kali kita berdagang di Forex, kita sebenarnya membeli atau menjual antara dua matawang asing. Setiap Broker Forex ada menawarkan pasangan (pair) matawang asing ini untuk didagangkan dan kita boleh mencapainya di Pelantar (Platform) yang disediakan oleh setiap broker. -contoh broker Forex = Marketiva, Northfinance, CMSFX dan Oanda. -contoh pasangan matawang asing = USD/JPY , EUR/USD dan GBP/USD. -contoh Pelantar = Marketiva streamer, Metatrader, Vtrader dan eSignal.

2.1) Matawang Forex (Currency) Matawang forex diwakili oleh simbol (singkatan) yang telah ditetapkan. Contoh :- US Dollar = USD, Jepun Yen = JPY, German Pound Sterling = GBP, EURO = EUR dan Swiss France = CHF. Matawang Forex didagangkan berpasangan dan unit yang mewakili pasangan ini adalah kadar harga (rate) bagi kedua-dua matawang tersebut. Contoh pasangan :- EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, GBP/JPY, USD/CHF dan lain-lain. 2.1.1) Matawang Forex terbahagi kepada dua kelas yang utama iaitu Direct Currency dan Indirect Currency. 1) Direct Currency merangkumi matawang yang nilainya lebih besar dari US Dollar. -contoh seperti matawang Euro (EUR), Great Britain Pound (GBP) 2) Indirect Currency pula ialah matawang yang lebih rendah nilainya berbanding US Dollar. -contoh seperti Japan Yen (JPY), Swiss France (CHF) dan Australian Dollar (AUS).

Ada juga Trader yang mengkelaskan pasangan matawang kepada Major dan Cross currency. 1) Major di sini adalah pasangan matawang utama yang didagangkan bersama Dollar US. Contoh : GBP/USD, EUR/USD, AUD/USD, USD/JPY, USD/CAD & USD/CHF. 2 ) Cross pula ialah pasangan matawang utama yang tidak didagangkan bersama matawang Dollar US.Contoh : EUR/GBP, EUR/CHF, EUR/JPY, GBP/JPY, GBP/CHF & AUD/CAD. 2.1.2) Forex Quote. Standard untuk setiap pasangan matawang dicatatkan dengan dua harga pasaran semasa. Satu ialah harga belian (bid/buy) dan satu harga jualan (offer/sell). Contoh:- harga pasaran semasa pasangan EUR/USD dicatatkan dengan kadar 1.2810/1.2808, dari pada harga semasa itu, nilai dihadapan (1.2810) adalah harga belian (bid). Apabila kita membuat arahan belian (buy @ long) pada masa itu kita akan dapat harga 1.2810. 1.2808 (nilai harga di belakang) pula ialah harga jualan (offer), harga yang akan kita dapat apabila kita membuat arahan jual (sell @ short). Perbezaan antara harga jualan (bid) dan belian (offer) ini dipanggil 'spreads'. Spread berbeza-beza antara pasangan matawang, dari contoh di atas kita boleh dapatkan 'spread' utk EUR/USD = 1.2810 -1.2808 = 2pips.

2.2) Jenis-jenis arahan (Order). Bagi mendapat keuntungan dalam Forex, kita perlu melaksanakan arahan Belian (BUY) ketika harga pasaran hendak naik dan menutup arahan tadi ketika market sudah tepu atau hendak bertukar arah. Jika keadaan sebaliknya (harga hendak jatuh) arahan Jualan (SELL) perlu dilakukan. Arahan Jual (Sell) dan Beli (Buy) pula ada lagi beberapa keadaan :- 2.2.1) Market Order Membeli (Buy New) atau menjual (Sell New) matawang pada harga semasa. Contoh arahan : Jika kita ingin membeli, arahan Buy New perlu dilakukan dan arahan untuk menutup pesanan tadi ialah Sell Close. Manakala jika kita ingin menjual, arahan Sell New digunakan dengan arahan Buy Close sebagai penutup. 2.2.2) Stop Order Menempah Belian (Buy New Stop) atau Jualan (Sell New Stop) matawang dengan lebih awal mengikut arah (trend) pasaran. Contoh arahan : Jika kita jangka harga pasaran naik ke satu point dan ia akan kekal naik, arahan yang betul adalah dengan menempah Belian (Buy New Stop Order) pada point tersebut. 2.2.3) Limit Order Menempah Belian (Buy New Limit) atau Jualan (Sell New Limit) matawang dengan lebih awal berlawanan dengan arah (trend) pasaran. Contoh arahan : Jika kita jangka harga pasaran naik ke satu point dan ia akan bertukar (reverse) arah turun dari point tersebut, arahan yang betul adalah dengan menempah Jualan (Sell New Limit Order) pada point tersebut. 2.2.4) Arahan Stop Loss (SL) dan Target Point (TP) i) StopLoss (Tahap Menentukan Kerugian) adalah arahan yang bertindak menutup posisi 'trading' semasa secara automatik apabila posisi semasa mengalami kerugian dan mencapai sasaran Stop Loss yang telah kita tetapkan. ii) TargetPoint/TakeProfit (TP) pula arahan yang bertindak menutup posisi trading semasa secara automatik apabila posisi semasa mendapat keuntungan dan mencapai sasaran (Target Point) yang telah ditetapkan. *adalah penting untuk menetapkan arahan SL dan TP untuk setiap posisi trading kita. Ini adalah salah satu fungsi yang membolehkan kita mengawal kerugian dan memaksimakan keuntungan.

2.3) Pips Pips atau point ialah satu unit bagi mewakili perbezaan terkecil antara dua pasangan matawang yang didagangkan. Contoh, ketika kita memesan arahan Beli (BUY) pada pasangan matawang Euro berbanding US Dollar (EUR/USD) ia berada pada kedudukan 1.2500. Beberapa minit kemudian harga EURO/USD naik ke paras 1.2510. Pada ketika ini nilai Pips = 1.2510 - 1.2500 = +10 pips. Nilai positif (+) mewakili situasi untung (in profit) di mana kita pesan Beli (BUY) dan haega naik. Tetapi jika keadaan sebaliknya iaitu harga pasaran turun ke paras 1.2490, nilai pips = 1.2490 -1.2500 = - 10 pips (negatif = rugi). 2.3.1) Pengiraan Untung Rugi. Contoh pengiraan untung/rugi dalam Marketiva:- -Marketiva menggunakan unit Quantiti (Qty) sebagai nilai/modal/securiti untuk kita membuka posisi. -Tiada had minima dikenakan bagi satu-satu posisi. -Nilai 1 Qty = 0.01usd. Ini bermakna jika ingin membuka satu posisi dengan nilai 100 usd, nilai dalam Qty bersamaan ~ 100/0.01=10,000 Qty. Formula mendapatkan nilai usd dari jumlah pips yang kita dapat: - Kadar untung @ rugi (dlm usd) = [ (Nilai Pips) X (nilai terkecil pasangan) X (Quantiti yang digunakan) ] / (kadar harga pasaran semasa = harga posisi ditutup) contoh:- kita dapat untung +30 pips hasil dari posisi belian (1.2800) yang kita tutup pada 1.2830 dengan modal 10,000qty (100 usd). Kiraan untung (dalam usd) = [30 x 0.0001 x 10,000]/1.2830 = $233.83 usd. 2.3.2)Empat senario Untung Rugi:- *Mereka yang sudah mempunyai pengetahuan asas forex boleh langkau topik ini.

Senario1 : -Harga pasaran EUR/USD =1.2800/1.2798 -Kita buka satu posisi belian (Buy Market Order).buy price =1.2800. -Kemudian harga pasaran naik ke point 1.2810. -Posisi semasa = untung positif +10pips

Senario2: -Harga pasaran EUR/USD =1.2800/1.2798 -Buka posisi belian (Buy Market) pada 1.2800. -Harga turun ke point 1.2780 -posisi semasa = rugi negatif - 20pips

Senario3: -Harga pasaran EUR/USD = 1.2800/1.2798 -Kita buka posisi jualan (Sell market order) pada 1.2798. -Harga naik ke point 1.2810 -posisi semasa = rugi -10pips

Senario4: -Harga pasaran EUR/USD = 1.2800/1.2798 -Buka posisi jualan (sell market order) pada 1.2798 -Harga turun ke point 1.2780 -Posisi semasa = untung +20pips. *Apa yang kita mahukan adalah tersenarai dalam contoh senario 1 & 4 dan mengelak senario 2 & 3.

3) Zon Masa Utama Forex. Dagangan matawang asing forex mengaktif mengikut pembukaan kaunter oleh negara masing. Contohnya pasangan matawang yang mempunyai matawang Yen Jepun akan kuat mengaktif ketika kaunter Jepun dibuka. Begitu juga Australia dengan AUD, Great Britain dengan Pound, E-12 dengan EUR dan US dengan USD. Zon masa US adalah zon paling aktif unjuran dominasi US Dollar dalam dagangan antarabangsa. Zon Euro adalah yang kedua aktif diikuti dengan zon Jepun dan Australia. Bagi melihat zon-zon masa forex dari pembukaan market Australia kemudianJepun, Euro dan akhir skali US, anda buleh lihat sumber dari website Oanda di sini : http://fxtrade.oanda.com/resources/fxmarkethours/ *(pilih time zon = GMT +8 untuk merujuk pada masa Malaysia)

Untuk Daftar:

1. http://www.marketiva.com/?gid=13268 [Anda akan diberi USD5 percuma untuk trading]

2. http:// www.liteforex.org/default.php?uid=900001005

Tiada ulasan: